Impian Muhammad Ammar untuk tinggal dengan ibu tidak kesampaian - Sepupu
02 Oktober 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Suasana pilu mengiringi pengkebumian jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Muhammad Ammar Muhammad Badrul yang maut dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya pada malam Rabu, Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Urusan pengkebumian kanak-kanak berkenaan selesai pada jam 10.50 malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mujur, Jelawat di Bachok.
Bapa dan ibu kepada Muhammad Ammar hilang kata-kata dan hanya mampu terdiam melihat pusara anak lelaki tunggal mereka itu.
Muzik: Sad Da oleh Bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mautdipukuldengantukulbesi #Bachok
