Nestlé lancar ‘Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama’, sahut dedikasi dan kegigihan rakyat

KUALA LUMPUR – Nestlé Malaysia melancarkan kempen 'Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama' sebagai usaha meraikan semangat rakyat Malaysia yang tidak pernah luntur dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan seharian.
Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink Nestlé Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini berkata, program itu turut memperkenalkan lagu tema, 'Kental Bersama' nyanyian penyanyi popular, Black Hanifah bagi menyuntik inspirasi nilai ketabahan, kekeluargaan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat.

"Inspirasi utama kempen 'Kekal Kental Bersama' itu adalah daripada semangat, dedikasi dan kegigihan rakyat sendiri.
"Seperti kita tahu, rakyat Malaysia kini berdepan dengan pelbagai cabaran hidup termasuk dari segi ekonomi dan kos sara hidup.
"Jadi melalui inisiatif ini, kami mahu rakyat tahu bahawa Nescafé bukan sekadar produk. Ia adalah simbol bahawa kami sentiasa bersama anda, sama ada ketika senang atau susah,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran kempen Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama di sebuah hotel di sini pada Rabu.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols.

Ujar Norkhayati, selain Black Hanifah, dua lagi personaliti dipilih untuk mewakili wajah sebenar rakyat Malaysia iaitu Dr Madbusudhan Shammugam, 43, atau lebih dikenali sebagai ‘Teddy Bear Doctor’ dan pemandu e-hailing sepenuh masa, Nurdilla Zaini, 43.
Menurutnya, ketiga-tiga mereka mempunyai kriteria tersendiri, menyebabkan mereka menjadi calon sesuai sebagai wajah penting bagi kempen tersebut.
“Black Hanifah dipilih kerana latar belakangnya yang penuh cabaran sebelum bergelar penyanyi, selain rendah hati dan mudah didekati, menjadikannya pasangan paling sesuai untuk kempen kali ini.
“Bagi Dr Madhu, meskipun penat beliau tetap membantu golongan gelandangan dengan memberi rawatan kesihatan. Sementara Nurdilla atau lebih dikenali Kak Dell pula, seorang pemandu e-hailing dan guru tuisyen yang masih mengejar impiannya untuk menjadi penulis.
“Kedua-duanya mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang tetap membantu orang lain walau berdepan kesusahan,” ujarnya.
Kata Norkhayati, majlis pelancaran kempen itu turut dimeriahkan lagi dengan pendedahan produk terbaharu, Nescafé Triple Shot, inovasi kopi paling berani menawarkan rasa lebih mantap dan sesuai dengan gaya hidup rakyat Malaysia masa kini.
“Ramai rakyat Malaysia kini bekerja lebih daripada satu pekerjaan bagi menyara kehidupan. Mereka memerlukan kopi yang mampu memberi tenaga tambahan.
“Nescafé Triple Shot hadir sebagai jawapan kepada keperluan itu, dengan lebih kafein, lebih kopi dan rasa yang lebih kuat untuk membantu mereka terus berdaya saing,” jelasnya.
Ringkasan AI
- Nestlé Malaysia melancarkan kempen 'Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama' untuk meraikan semangat rakyat Malaysia
- Lagu tema 'Kental Bersama' oleh Black Hanifah ditampilkan untuk menyuntik inspirasi nilai ketabahan dan perpaduan
- Kempen ini diilhami oleh semangat, dedikasi, dan kegigihan rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran
- Black Hanifah, Dr Madbusudhan Shammugam, dan Nurdilla Zaini dijadikan wajah kempen sebagai representasi rakyat Malaysia
- Nescafé Triple Shot diperkenalkan sebagai produk baharu yang menyokong gaya hidup rakyat Malaysia yang berdaya saing
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

