Cubaan seludup minyak masak peket ke Thailand gagal

Seorang wanita ditahan PGA selepas dipercayai cuba menyeludup minyak masak peket bersubsidi ke Thailand di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada Selasa.Foto: PGA
Seorang wanita ditahan PGA selepas dipercayai cuba menyeludup minyak masak peket bersubsidi ke Thailand di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada Selasa.Foto: PGA
A
A
A

RANTAU PANJANG – Seorang wanita ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas dipercayai cuba menyeludup minyak masak peket bersubsidi ke Thailand di Kampung Bagus di sini pada Selasa.

Suspek yang berusia 52 tahun itu ditahan anggota Batalion 9 PGA kira-kira jam 6.30 petang menerusi rondaan Op Taring Wawasan.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, ketika pemeriksaan dilakukan wanita berkenaan didapati membawa beberapa bungkusan plastik hijau dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan 85 kilogram (kg) minyak masak peket dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM212.50.

"Barang kawalan bersubsidi itu dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, kesemua rampasan kemudian dibawa ke pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1967,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!