PRN Johor: Awan sedia tanding kerusi DUN Puteri Wangsa

Norhayati
Norhayati
A
A
A

JOHOR BAHRU – Angkatan Wanita Amanah (Awan) Johor sedia menampilkan calon mereka bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Menurut Ketuanya, Norhayati Bidin, tawaran tersebut dibuat susulan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) kini tidak lagi berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Awan Johor telah lama membuat persediaan rapi, daripada pengukuhan jentera di peringkat akar umbi hinggalah kepada pembinaan dasar dan agenda masyarakat, bagi memastikan kerusi tersebut terus kekal di bawah pentadbiran kerajaan yang progresif dan inklusif.

“Kami yakin proses rundingan kerusi dalam Pakatan Harapan (PH) akan berlangsung secara harmoni dan penuh persefahaman,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, Awan Johor juga sedia menampilkan calon berwibawa serta kepimpinan yang berorientasikan rakyat bagi menangani pelbagai isu masyarakat yang berbangkit di kawasan Puteri Wangsa.

Katanya, Awan Johor turut menekankan komitmen untuk memperbetulkan segala kelemahan kepimpinan terdahulu.

“Ini termasuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, mendekati belia, memperkukuh jaringan komuniti setempat, serta memberi tumpuan kepada isu-isu wanita, keluarga muda dan kesejahteraan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Angkatan Wanita Amanah (Awan) Johor sedia menampilkan calon untuk kerusi DUN Puteri Wangsa dalam PRN akan datang
  • Tawaran dibuat setelah Muda tidak lagi dalam Kerajaan Perpaduan
  • Awan Johor telah membuat persediaan rapi untuk memastikan kerusi kekal di bawah pentadbiran yang progresif dan inklusif
  • Yakin proses rundingan kerusi dalam PH akan berlangsung secara harmoni
  • Awan Johor menekankan komitmen untuk memperbetulkan kelemahan kepimpinan terdahulu dengan fokus pada peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memperkukuh jaringan komuniti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!