Amaran ribut petir di beberapa negeri sehingga 10 malam ini

Amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak dijangka berlaku sehingga jam 10 malam ini. - Foto 123RF

A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak, dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga jam 10 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan menyebut, kawasan yang dijangka terlibat ialah Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan; Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu; Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang; serta Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

Kawasan lain yang diramal turut terlibat adalah di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor, manakala di Sarawak ialah di Sibu (Selangau), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Telang Usan) dan Limbang. - Bernama

Artikel Berkaitan: