SPRM sahkan isu pemain warisan tiada unsur rasuah

 SPRM menegaskan tidak akan berhubung dengan FIFA sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada FAM.
SPRM menegaskan tidak akan berhubung dengan FIFA sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada FAM.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak membabitkan sebarang unsur rasuah.

Agensi berkenaan menjelaskan, pihaknya telah berhubung dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) selain mengadakan pertemuan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Menurutnya, dokumen berkaitan proses permohonan serta pendaftaran kewarganegaraan pemain terbabit telah dibekalkan oleh pihak berkenaan.

"Berdasarkan semakan awal, isu ini dilihat lebih kepada proses teknikal dan tidak berada dalam bidang kuasa SPRM pada masa ini.

"Selain itu, tiada asas kesalahan dikenal pasti di bawah Akta SPRM 2009 setakat ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, SPRM menegaskan tidak akan berhubung dengan FIFA sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada FAM untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan badan induk bola sepak dunia itu.

Dalam pada itu agensi berkenaan juga menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses perbincangan dan penyelesaian isu berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • SPRM mengesahkan dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran pemain oleh FAM kepada FIFA tidak membabitkan rasuah
  • Pihak SPRM telah berhubung dengan KDN dan JPN untuk mendapatkan maklumat lanjut
  • Isu pemalsuan dokumen dilihat sebagai proses teknikal dan tidak dalam bidang kuasa SPRM
  • Tiada kesalahan dikenal pasti di bawah Akta SPRM 2009
  • SPRM tidak akan berhubung dengan FIFA dan menyerahkan isu kepada FAM untuk penyelesaian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!