Sila log masuk terlebih dahulu.

Malaysia gesa PBB kenakan sekatan ke atas Israel - Mohamad

28 September 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Malaysia dengan tegas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan terhadap Israel, sambil menegaskan bahawa "metastasis" kekejaman rejim Zionis di Timur Tengah tidak boleh dibiarkan berterusan.

Sambil menyampaikan Kenyataan Negara pada Perbahasan Umum Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2025 di New York pada Sabtu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, serangan terbaharu Israel di Doha, Qatar, bukan sekadar serangan terhadap beberapa wakil Hamas tetapi merupakan pencabulan terhadap kedaulatan sebuah negara serta penghinaan terhadap semua usaha pengantaraan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/749897/berita/nasional/malaysia-gesa-pbb-kenakan-sekatan-ke-atas-israel-laksana-reformasi-untuk-kekal-relevan---mohamad

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PBB #Israel #UNGA2025