132 pelajar cemerlang Gaza dirai, sinar harapan masa depan negara

Diab al-Louh
Diab al-Louh
A
A
A

KAHERAH – Kedutaan Palestin di Mesir meraikan graduan sekolah menengah dari Gaza yang cemerlang dalam akademik meskipun wilayah itu musnah akibat serangan berterusan rejim Israel.

Menurut laporan Al-Jazeera, Duta Palestin, Diab al-Louh menyampaikan ucapan tahniah daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan kepimpinan negara itu dengan menyifatkan pencapaian para pelajar itu sebagai 'sinar harapan' untuk masa depan negara.

Beliau berkata, meskipun sektor pendidikan Gaza mengalami kerugian besar dengan banyak bangunan sekolah dan universiti musnah atau rosak, pelajar tetap bertekad untuk meneruskan pembelajaran.

Pada majlis itu, seramai 132 pelajar yang memperoleh markah melebihi 95 peratus dalam peperiksaan akhir telah diiktiraf.

Wakil pelajar turut mendedikasikan kejayaan mereka itu kepada mangsa yang terkorban dalam perang sambil berjanji membina masa depan Palestin dengan ilmu dan tekad, bukannya kemusnahan.

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Kedutaan Palestin di Mesir meraikan graduan sekolah menengah dari Gaza yang cemerlang
  • Duta Palestin menyampaikan ucapan tahniah dari Presiden Palestin sebagai 'sinar harapan'
  • Pelajar Gaza bertekad meneruskan pembelajaran meskipun banyak sekolah dan universiti musnah
  • Sebanyak 132 pelajar yang memperolehi markah lebih 95 peratus diiktiraf
  • Wakil pelajar berjanji membina masa depan Palestin dengan ilmu dan tekad

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!