Dua maut, sembilan cedera van bertembung pacuan empat roda

Keadaan van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas terlibat kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo, berhampiran Klinik Skrang, Betong hari ini. Foto JBPM Sarawak
Keadaan van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas terlibat kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo, berhampiran Klinik Skrang, Betong hari ini. Foto JBPM Sarawak
A
A
A

SIBU - Dua maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo, berhampiran Klinik Skrang, Betong hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa yang meninggal dunia ialah lelaki dewasa dan merupakan antara lapan penumpang yang menaiki van tersebut.

Enam lagi penumpang van mengalami kecederaan parah, manakala tiga mangsa menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Land Cruiser itu turut cedera.

Menurut kenyataan itu, sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian pada 11.59 pagi pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari balai bomba tersebut, dan tiba pada jam 12.22 tengah hari.

"Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala enam yang cedera parah dibawa ke Hospital Betong untuk menerima rawatan,” menurut kenyataan itu.

Pihak polis masih mengenal pasti mangsa yang terlibat dan punca kemalangan berlaku. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua maut dan sembilan cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
  • Mangsa yang meninggal adalah lelaki dewasa penumpang van
  • Enam penumpang van cedera parah, tiga di dalam Land Cruiser turut cedera
  • Pasukan Bomba dan Penyelamat Betong tiba di lokasi kejadian dalam masa 23 minit selepas panggilan
  • Polis sedang mengenal pasti mangsa dan punca kemalangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!