Abang ipar didakwa rogol adik ipar bawah umur

Seorang buruh kasar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol adik iparnya yang juga merupakan gadis di bawah umur, tahun lalu.
Seorang buruh kasar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol adik iparnya yang juga merupakan gadis di bawah umur, tahun lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang buruh kasar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol adik iparnya yang juga merupakan gadis di bawah umur, tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 31 tahun itu membuat pengakuan berkenaan setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Madihah Zainol.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang mempunyai dua anak didakwa merogol adik iparnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun lima bulan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Parit Lapis Sayang, Benut, Pontian pada jam 9 pagi, awal Julai tahun lalu.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh yang juga abang ipar mangsa dan memaklumkan mangsa kini tidak tinggal bersama-samanya.

Bagaimanapun Peguam, Mohamad Isa Mohamad Basir yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum kerana tertuduh hanya bekerja sebagai buruh kasar dan bekerja kampung dengan upah harian yang tidak menentu.

Tertuduh juga sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kecil yang mana salah seorang daripada anaknya mengidap penyakit sawan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta tiga syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Artikel Berkaitan:

Mangsa juga perlu melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali dan pasport antarabangsa (sekiranya ada) diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 24 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Ringkasan AI

  • Seorang buruh kasar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol adik iparnya yang berumur 15 tahun lima bulan di Johor Bahru
  • Perbuatan didakwa berlaku di sebuah rumah di Kampung Parit Lapis Sayang, Benut, Pontian pada awal Julai tahun lalu
  • Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan
  • Jaminan RM10,000 ditetapkan dengan syarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi, mangsa melapor diri bulanan, dan pasport jika ada diserahkan ke mahkamah
  • Tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen adalah pada 24 Oktober

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!