Dua remaja hampir lemas ketika mahu ambil bola

GEORGE TOWN - Tindakan dua remaja masuk ke laut untuk mengambil bola hampir meragut nyawa mereka selepas kedua-duanya dilaporkan nyaris lemas di Pantai Bayu Senja, Batu Ferringhi di sini pada pagi Selasa.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 18 dan 13 tahun dipercayai dihanyutkan ombak ketika cuba mendapatkan semula bola yang terlepas ke tengah laut.
Menurutnya, kejadian itu disedari anggota pasukan penyelamat pantai yang kebetulan sedang menjalani latihan di lokasi berkenaan sebelum segera bergegas menyelamatkan mangsa.

"Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke daratan dalam keadaan selamat.
“Nasib baik ketika kejadian, anggota penyelamat sedang melakukan latihan di kawasan itu. Jika tidak, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Difahamkan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan sudah diberi rawatan awal.
Ringkasan AI
- Dua remaja hampir lemas di Pantai Bayu Senja, Batu Ferringhi ketika cuba mengambil bola
- Mangsa berusia 18 dan 13 tahun dihanyutkan ombak
- Anggota pasukan penyelamat yang sedang latihan berjaya menyelamatkan mereka
- Kedua-dua mangsa diselamatkan dan dalam keadaan selamat
- Mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan sudah diberi rawatan awal
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

