Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang

KAJANG – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di rumahnya di Seri Kembangan sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan, Nur Alina Abdullah pada jam 12.40 tengah hari pada Ahad.
"Berdasarkan maklumat, Nur Alina dilaporkan kali terakhir dilihat sekitar jam 4.15 petang memakai tudung hitam, kardigan hitam, kemeja T merah dan seluar hitam.
"Remaja itu berbadan kurus dan berketinggian kira-kira 160 sentimeter,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222.
"Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mastura Mat di talian 011-2625 9679," katanya.
Ringkasan AI
- Polis meminta bantuan masyarakat untuk mencari remaja perempuan 17 tahun yang hilang di Seri Kembangan
- Nur Alina Abdullah dilaporkan hilang pada hari Sabtu dan laporan dibuat pada jam 12.40 tengah hari Ahad
- Remaja itu terakhir dilihat memakai tudung hitam, kardigan hitam, kemeja T merah dan seluar hitam
- Nur Alina mempunyai badan kurus dan tinggi kira-kira 160 sentimeter
- Masyarakat yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Kajang atau Sarjan Mastura Mat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
