Bela kucing kini jadi peluang kerjaya

Bela kucing hari ini bukan lagi sekadar hobi, sebaliknya mampu memberi peluang kerjaya sekiranya pemilik berani menonjolkan haiwan peliharaan mereka ke peringkat lebih tinggi. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN, gambar kecil: Qoriziana
Bela kucing hari ini bukan lagi sekadar hobi, sebaliknya mampu memberi peluang kerjaya sekiranya pemilik berani menonjolkan haiwan peliharaan mereka ke peringkat lebih tinggi. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN, gambar kecil: Qoriziana
A
A
A

KOTA BHARU – Bela kucing hari ini bukan lagi sekadar hobi, sebaliknya mampu memberi peluang kerjaya sekiranya pemilik berani menonjolkan haiwan peliharaan mereka ke peringkat lebih tinggi.

Penganjur Pertunjukan Kucing Candy X De Luna, Qoriziana Abdul Rahman berkata, ramai pemilik kucing menyedari potensi itu namun kurang berani mencuba selain tidak mempunyai saluran yang betul.

“Dengan adanya pertandingan seperti ini, kita bukan sahaja meraikan pencinta kucing, malah mendidik mereka bahawa bidang kucing boleh dijadikan kerjaya sama ada sebagai pendandan, juri dan banyak lagi.

“Kucing bukan setakat diberi makan dan duduk di rumah. Jika diasah betul, ia boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa sekali gus membuka peluang menjana rezeki melalui pertandingan yang diadakan,” katanya.

Dengan adanya pertandingan seperti ini, ia bukan sahaja meraikan pencinta kucing, malah mendidik mereka bahawa bidang kucing boleh dijadikan kerjaya sama ada sebagai pendandan, juri dan banyak lagi.
Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Dengan adanya pertandingan seperti ini, ia bukan sahaja meraikan pencinta kucing, malah mendidik mereka bahawa bidang kucing boleh dijadikan kerjaya sama ada sebagai pendandan, juri dan banyak lagi. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Menurut beliau, setiap pertandingan bukan sekadar menawarkan hadiah lumayan kepada pemilik haiwan comel itu, malah menjadi platform untuk mengembangkan kenalan sekali gus membuka ruang menjana pendapatan.

Mengulas mengenai pertandingan itu, Qoriziana memberitahu ia berjaya menghimpunkan pencinta kucing dari seluruh negara termasuk Terengganu, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain.

Ujarnya, pertandingan tersebut sudah memasuki edisi keenam.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, pihaknya berazam untuk terus menjadikan pertandingan itu sebagai acara tahunan selepas mendapat sambutan baik pada setiap penganjuran.

Katanya, pada masa sama, ia mampu mengukuhkan lagi hubungan dalam kalangan pencinta kucing menerusi pertukaran idea.

Ringkasan AI

  • Bela kucing kini boleh menjadi peluang kerjaya
  • Pertandingan kucing menjadi platform bagi pemilik untuk menonjolkan haiwan peliharaan mereka
  • Mendidik pencinta kucing bahawa bidang kucing boleh dijadikan kerjaya seperti pendandan dan juri
  • Pertandingan kucing membuka peluang menjana pendapatan untuk pemilik
  • Menghimpunkan pencinta kucing dari seluruh negara dan dijadikan sebagai acara tahunan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!