Intensif pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN tidak pernah ditarik balik

PTPTN sentiasa komited dalam memastikan proses permohonan insentif ini dilaksanakan secara telus, efisien dan adil.
PTPTN sentiasa komited dalam memastikan proses permohonan insentif ini dilaksanakan secara telus, efisien dan adil.
A
A
A

SHAH ALAM - Dasar pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi graduan ijazah sarjana muda kelas pertama masih kekal berkuat kuasa dan tidak pernah ditarik balik.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menegaskan, insentif pengecualian itu diberikan kepada peminjam PTPTN yang bergraduan mulai tahun 2019.

“Mereka terdiri daripada penuntut yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf tanpa mengira latar belakang ekonomi, kaum atau agama.

“Graduan yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN di https://myptptn.ptptn.gov.my,” katanya.

Dasar pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi graduan ijazah sarjana muda kelas pertama masih kekal berkuat kuasa dan tidak pernah ditarik balik.
Dasar pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN bagi graduan ijazah sarjana muda kelas pertama masih kekal berkuat kuasa dan tidak pernah ditarik balik.

Sehubungan itu, Norliza menyeru semua pihak tidak mempolitikkan isu pendidikan dan menghormati dasar sedia ada yang memberi manfaat secara langsung kepada graduan cemerlang.

“Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), fokus utama kita adalah untuk memastikan pendidikan kekal sebagai medan pembangunan insan dan bukannya medan polemik politik

“PTPTN juga sentiasa komited dalam memastikan proses permohonan insentif ini dilaksanakan secara telus, efisien dan adil demi menjaga kebajikan peminjam serta menyokong aspirasi pendidikan tinggi negara,” ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Dasar pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan ijazah sarjana muda kelas pertama masih berkuat kuasa
  • Insentif pengecualian diberikan kepada peminjam PTPTN yang bergraduan mulai tahun 2019
  • Graduan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf tanpa mengira latar belakang ekonomi, kaum atau agama layak
  • Permohonan pengecualian bayaran balik boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN
  • Norliza berharap isu pendidikan tidak dipolitikkan dan proses permohonan insentif dilaksanakan secara telus, efisien dan adil

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!