12 kes kesalahan elektrik dan gas berpaip, denda terkumpul lebih RM200,000

Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga
A
A
A

SHAH ALAM – Sebanyak 12 kes kesalahan elektrik dan gas berpaip dihadapkan ke mahkamah pada tahun ini dengan jumlah denda terkumpul melebihi RM200,000.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam satu kenyataan berkata, kes-kes tersebut didakwa di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) dan Akta Bekalan Gas 1993 (Akta 501)

Menurutnya, tindakan terbabit membuktikan komitmen berterusan ST dalam menegakkan undang-undang terhadap syarikat yang melakukan kesalahan bekalan elektrik dan gas.

"Kes terkini melibatkan pendakwaan terhadap tiga syarikat di Mahkamah Sesyen Wilayah Persekutuan Labuan dan Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, masing-masing pada 26 dan 27 Ogos 2025 atas kesalahan mencuri elektrik.

"LB Gases Hardware Sdn Bhd dijatuhkan hukuman denda RM50,000 dan syarikat itu boleh dipenjara lima bulan jika gagal bayar, manakala Sri Mas Foods Industries Sdn Bhd pula dikenakan denda RM55,000, jika gagal bayar waran levi dikeluarkan," katanya pada Jumaat.

Tambah ST, Kim Kian Enterprise pula dijatuhkan denda RM50,000 jika gagal bayar waran levi.

Menurutnya, kesemua syarikat tersebut telah membayar denda yang dikenakan.

"Sebagai badan kawal selia sektor tenaga negara, ST sentiasa menguatkuasakan peruntukan undang-undang pembekalan tenaga.

"Justeru, hebahan kes-kes pendakwaan itu adalah penting sebagai pengajaran kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang kesalahan yang melibatkan elektrik dan gas berpaip termasuk kecurian elektrik," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebanyak 12 kes kesalahan elektrik dan gas berpaip dibawa ke mahkamah tahun ini dengan denda melebihi RM200,000
  • Kes-kes didakwa di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Bekalan Gas 1993
  • Tiga syarikat didenda di mahkamah atas kesalahan mencuri elektrik dengan jumlah denda RM50,000 hingga RM55,000
  • Suruhanjaya Tenaga menguatkuasakan undang-undang pembekalan tenaga sebagai badan kawal selia
  • Hebahan kes pendakwaan sebagai pengajaran untuk mengelak kesalahan berkaitan elektrik dan gas berpaip

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!