Warga emas maut bergaduh dengan rakan di pusat jagaan orang tua

Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam pergaduhan bersama rakannya di sebuah rumah jagaan warga emas.
Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam pergaduhan bersama rakannya di sebuah rumah jagaan warga emas.
A
A
A

LUMUT - Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam pergaduhan bersama rakannya di sebuah rumah jagaan warga emas di Sungai Pinang Kecil, Pangkor di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut daripada orang awam membabitkan dua individu di rumah berkenaan.

Menurutnya, mangsa berusia 73 tahun mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri manakala suspek melarikan diri.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 petang oleh pihak perubatan Klinik Kesihatan Pangkor yang tiba di lokasi kejadian.

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk tujuan bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu Hasbullah berkata, bertindak atas maklumat awam, sekitar jam 2.30 petang hari sama pihak polis telah berjaya tahan suspek di hadapan sebuah kedai makan, di Sungai Pinang Kecil, Pangkor di sini.

Katanya, suspek berusia 73 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hasbullah berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes tersebut boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Sukjit Singh di talian 019-5505536 atau 05-688 6222 atau hotline WhatsApp 017-682 8005 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Lelaki maut selepas pergaduhan di rumah jagaan warga emas di Pangkor
  • Mangsa berusia 73 tahun mengalami kecederaan kepala dan disahkan meninggal
  • Suspek yang juga berusia 73 tahun melarikan diri selepas kejadian tetapi berjaya ditahan
  • Motif pergaduhan masih dalam siasatan dan kes dikategorikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
  • Polis meminta maklumat daripada orang ramai untuk membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!