Tesla disiasat akibat masalah pintu rosak

SAN FRANCISCO - Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) melancarkan siasatan berhubung aduan mengenai pemegang pintu SUV Tesla Model Y gagal berfungsi dalam keadaan tertentu, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.
Pejabat Penyiasatan Kerosakan (ODI) agensi itu memaklumkan telah menerima sembilan laporan daripada pemilik kenderaan yang tidak dapat memasuki kereta mereka.
Dalam kebanyakan kes, ibu bapa dilaporkan terkunci di luar selepas keluar dari kereta dan tidak dapat membuka pintu belakang untuk mengambil anak mereka.
Dalam empat kes, pemilik terpaksa memecahkan tingkap untuk masuk semula, menurut ODI.
Kajian awal mendapati masalah itu mungkin berlaku jika kunci pintu elektronik tidak menerima voltan mencukupi daripada sistem bateri kenderaan.
Menurut ODI, tiada laporan menunjukkan amaran bateri voltan rendah dipaparkan.
Laporan itu juga menyebut kenderaan Tesla dilengkapi pembuka pintu manual di bahagian dalam, namun kedudukannya sukar dicapai kanak-kanak dan sebahagian pemilik tidak menyedari kewujudannya.
Menurut manual pemilik Tesla, memulihkan kuasa pada kunci elektronik memerlukan beberapa langkah tambahan menggunakan sumber kuasa luaran. - Bernama
Ringkasan AI
- NHTSA melancarkan siasatan terhadap aduan pemegang pintu SUV Tesla Model Y yang gagal berfungsi
- Pemilik tidak dapat memasuki kereta mereka dengan sembilan laporan diterima
- Ibu bapa dilaporkan terkunci di luar kereta, tidak dapat membuka pintu belakang untuk mengambil anak
- Empat kes pemilik terpaksa memecahkan tingkap untuk masuk semula ke dalam kereta
- Masalah pemegang pintu mungkin berlaku jika kunci pintu elektronik tidak menerima voltan mencukupi dari sistem bateri kenderaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
