MALBATT 850-12 semarak Hari Malaysia dengan 'Fun Run' di Lubnan

Fun Run bukan sekadar aktiviti kecergasan, sebaliknya simbolik kecintaan warga MALBATT terhadap tanah air.
Fun Run bukan sekadar aktiviti kecergasan, sebaliknya simbolik kecintaan warga MALBATT terhadap tanah air.
A
A
A

LUBNAN – Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang kini melaksanakan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meraikan sambutan Hari Malaysia ke-62 dengan menganjurkan Fun Run sejauh 10 kilometer pada Selasa.

Malaysia Battalion (MALBATT) 850-12 UNP 2-1, Marakah Camp, South Lebanon dalam kenyataan memaklumkan, penganjuran acara itu bukan sahaja bagi mengekalkan kecergasan fizikal, malah menjadi medium untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pegawai serta anggota meskipun berada jauh dari tanah air.

"Fun Run ini bukan sekadar aktiviti kecergasan, sebaliknya simbolik kecintaan warga MALBATT terhadap tanah air.

Penganjuran acara itu bukan sahaja bagi mengekalkan kecergasan fizikal, malah menjadi medium untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pegawai serta anggota meskipun berada jauh dari tanah air.
Penganjuran acara itu bukan sahaja bagi mengekalkan kecergasan fizikal, malah menjadi medium untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pegawai serta anggota meskipun berada jauh dari tanah air.

"Ia juga merupakan bukti komitmen mereka untuk terus kekal berdisiplin dan bersemangat ketika melaksanakan misi keamanan di Lubnan," katanya pada Selasa.

Majlis pelepasan larian disempurnakan Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh yang turut sama menyertai pegawai serta anggota dalam aktiviti tersebut.

Penyertaan yang melibatkan pelbagai peringkat warga pasukan jelas menggambarkan semangat kebersamaan dan kekuatan ukhuwah yang terjalin sesama mereka.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 meraikan Hari Malaysia ke-62 dengan Fun Run 10 kilometer
  • Fun Run diadakan untuk mengekalkan kecergasan dan mengukuhkan patriotisme
  • Acara tersebut simbolik kepada kecintaan anggota terhadap Malaysia
  • Majlis pelepasan larian disempurnakan oleh Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh
  • Kesertaan dari pelbagai peringkat anggota menunjukkan semangat kebersamaan dan ukhuwah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!