Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia yang akan disambut esok.
Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Malaysia sentiasa dirahmati ALLAH SWT dengan keamanan yang berpanjangan dan dilindungi daripada sebarang musibah.
Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur atas perpaduan serta semangat muafakat dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang terus menjadi tunjang kekuatan negara sejak dahulu.
Sambutan Hari Malaysia 2025 yang bertemakan 'Malaysia Madani: Rakyat Disantuni' akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth esok, dengan menampilkan pelbagai pengisian menarik mulai pukul 9 pagi.
Edisi kali ini diadakan di Pulau Pinang selaras dengan amalan penggiliran lokasi sambutan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia setiap tahun.
Ringkasan AI
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia
- Seri Paduka Baginda berdua mendoakan Malaysia kekal aman dan terlindung dari musibah
- Sultan Ibrahim bersyukur atas perpaduan dan semangat muafakat rakyat berbilang kaum
- Hari Malaysia 2025 bertemakan 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' akan disambut di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth
- Sambutan edisi kali ini berlangsung di Pulau Pinang mengikut penggiliran lokasi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
