417 kes penipuan babitkan kerugian lebih RM8.8 juta direkodkan polis Alor Gajah

Sebanyak 417 kes penipuan dengan kerugian lebih RM8.8 juta direkodkan di Alor Gajah sejak Januari hingga Ogos, dengan sindiket menggunakan modus operandi panggilan telefon dan penipuan dalam talian. - Gambar hiasan
Sebanyak 417 kes penipuan dengan kerugian lebih RM8.8 juta direkodkan di Alor Gajah sejak Januari hingga Ogos, dengan sindiket menggunakan modus operandi panggilan telefon dan penipuan dalam talian. - Gambar hiasan
A
A
A

ALOR GAJAH - Sebanyak 417 kertas siasatan melibatkan kes penipuan direkodkan di daerah Alor Gajah membabitkan kerugian lebih RM8.8 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed berkata kesemua kes berkenaan diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dengan pelbagai modus operandi termasuk menerusi panggilan telefon dan secara dalam talian.

"Modus operandi berkenaan antaranya sindiket penipuan memperdaya mangsa bahawa mereka menerima ‘kiriman bungkusan’ dari luar negara, panggilan telefon dengan menyamar sebagai pihak berkuasa dan pelaburan serta pinjaman tidak wujud.

"Selain itu, sindiket juga memperdaya mangsa dengan menawarkan kerja sambilan tidak wujud dan pembelian dalam talian di internet,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang panggilan, mesej atau tawaran yang meragukan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Alor Gajah merekodkan 417 kertas siasatan kes penipuan dengan kerugian lebih RM8.8 juta dari 1 Jan hingga 31 Ogos
  • Kes tersebut diterima oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Alor Gajah
  • Modus operandi termasuk sindiket penipuan, panggilan telefon menyamar pihak berkuasa, dan tawaran pelaburan serta pinjaman palsu
  • Sindiket juga menggunakan taktik menawarkan kerja sambilan dan pembelian dalam talian tidak wujud
  • Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan panggilan, mesej, atau tawaran meragukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!