PM lulus RM10 juta bantu mangsa banjir di Sabah

Keadaan banjir di Sabah. Foto: Facebook Anwar Ibrahim
Keadaan banjir di Sabah. Foto: Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membantu mangsa banjir di Sabah.

Beliau berkata, dana itu akan disalurkan terus kepada mangsa yang terkesan khususnya untuk pembaikan segera kemudahan asas.

Anwar meluahkan rasa terkesan dengan bencana banjir yang sedang melanda negeri itu ketika ini.

"Selain peruntukan sebanyak RM11 juta telah disalurkan melalui kerajaan negeri, saya telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta melalui Nadma bagi disalurkan terus kepada mangsa terkesan.

"Kerajaan Madani akan memastikan setiap keluarga terkesan segera menerima bantuan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Justeru, beliau telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan Madani digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan.

“Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak untuk bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu mangsa banjir.

"Zahirkan semangat kebersamaan, kepedulian serta tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM10 juta untuk mangsa banjir di Sabah
  • Dana itu akan disalurkan terus kepada mangsa untuk pembaikan kemudahan asas
  • Peruntukan ini tambahan kepada RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri
  • Kerajaan Madani akan memastikan setiap keluarga terkesan menerima bantuan dengan segera
  • Anwar mengarahkan jentera Kerajaan Madani untuk membantu rakyat tanpa gangguan dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!