'MIC belum bertunang, baru merisik' - Tuan Ibrahim
13 September 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
“MIC belum ‘bertunang’ lagi, baru merisik khabar. Kalau hantar pinangan, Insya-ALLAH, kita akan balas.”
Demikian jawapan spontan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man apabila ditanya media sama ada kedudukan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) akan terjejas seandainya MIC menyertai Perikatan Nasional (PN), lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
