Tong gas meletup, wanita melecur


Keadaan di dapur rumah mangsa akibat letupan tong gas LPG petang semalam.
Keadaan di dapur rumah mangsa akibat letupan tong gas LPG petang semalam.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang wanita melecur di muka dan tangan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup di rumahnya di Taman Paya Taram, Kerdau petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Hanita Mohd Mokhtar, 57, sedang menyalakan dapur memasak sebelum api menyambarnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba, Syed Mohsen T Ismail berkata, dua pegawai dan empat anggota bersama sebuah jentera pemadam (FRT) yang dibantu tiga anggota BBP Bukit Angin serta Unit Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan insiden.

"Letupan terjadi ketika dapur sedang dinyalakan oleh mangsa dan kemudiannya api telah menyambar mangsa sebelum ia berjaya dipadamkan dengan menutup injap LPG tersebut.

"Mangsa cedera akibat melecur di bahagian muka dan tangan akibat letupan terbabit," katanya kepada Sinar Harian.

Letupan tong gas LPG bocor di dapur mangsa turut menyebabkan kerosakan bumbung.
Letupan tong gas LPG bocor di dapur mangsa turut menyebabkan kerosakan bumbung.

Katanya,anggota terlibat membuat pemeriksaan di tempat kejadian untuk mengelakkan situasi dipercayai akibat LPG bocor berulang.

"Selain itu, rawatan awal diberikan unit EMRS Bukit Angin kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: