Sabah perlu wakil rakyat faham misi, visi bangunkan negeri -Nurul Izzah

SANDAKAN - Sabah memerlukan suara wakil rakyat yang faham dengan visi dan misi pembangunan, bagi memastikan keadaan di negeri itu untuk tempoh 10 tahun yang akan datang lebih baik berbanding, sekarang.
Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, adalah penting bagi Sabah untuk memiliki pemimpin-pemimpin yang bervisi, kerana terdapat pelbagai isu perlu ditangani di negeri itu seperti pembangunan sektor, infrastuktur serta kewarganegaraan dan isu legasi pemerintahan terdahulu.
"Semasa Kongres Nasional Tahunan PKR 2024/2025 (Mei), saya sebut 13 kerusi (sasar tanding pilihan raya negeri Sabah), tetapi kita juga bergantung kepada suara anak negeri, yang paling penting ialah seberapa mungkin Keadilan yang lahir di Sabah sejak 1999, terus berakar.
"Pada saya pemimpin yang mempunyai visi amat penting, jadi ia tidak penting sangat banyak mana (kerusi bertanding), tetapi sudah tentu dalam polisi Pakatan Harapan, kita mahu memastikan kita sebagai suara yang dapat juga memberi nilai tambah kepada anak negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jelajah Sabah Bersama Madani di sini pada Jumaat.
Sementara itu Nurul Izzah berkata, Sabah sentimen undi parti tempatan bukan suatu cabaran, kerana calon yang diangkat parti pada pilihan raya negeri ke-17 itu juga semua merupakan anak Sabah, yang akan membawa suara rakyat negeri itu.
Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya negeri ke-17. - Bernama
Ringkasan AI
- Sabah memerlukan wakil rakyat yang faham visi dan misi pembangunan negeri
- Pemimpin Sabah perlu bervisi untuk menangani isu pembangunan, infrastuktur, kewarganegaraan dan warisan pemerintahan terdahulu
- Nurul Izzah menyebut sasar tanding 13 kerusi dalam pilihan raya negeri Sabah, menekankan pentingnya PKR berakar di Sabah sejak 1999
- Menurut polisi Pakatan Harapan, suara pemimpin Sabah harus memberi nilai tambah kepada anak negeri
- Calon pilihan raya negeri Sabah yang diangkat semua merupakan anak Sabah, bertujuan membawa suara rakyat negeri
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

