Polis cari pemandu kereta kes langgar lari

Tangkap layar rakaman video memaparkan sebuah kereta yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari di Jalan Puchong Utama, Subang Jaya pada Rabu.
Tangkap layar rakaman video memaparkan sebuah kereta yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari di Jalan Puchong Utama, Subang Jaya pada Rabu.
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis giat mengesan seorang pemandu kereta dipercayai terlibat dalam kes langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal di Jalan Puchong Utama di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, satu rakaman video selama 54 saat tular di Facebook menunjukkan sebuah motosikal mengejar kereta jenis Honda BRV yang dipandu seorang lelaki.

Menurutnya, kejadian itu berlaku selepas kereta terbabit terlibat dalam kemalangan dengan motosikal jenis Honda EX5.

"Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal Honda EX5 berkenaan bergerak lurus dari Puchong Utama menghala Puchong Permai sebelum dilanggar Honda BRV.

"Penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 20 tahun mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan pemandu kereta terbabit dan mengenal pasti punca kemalangan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang mencari pemandu kereta terlibat dalam langgar lari penunggang motosikal di Subang Jaya
  • Rakaman video 54 saat menunjukkan kejadian itu tular di Facebook
  • Kemalangan melibatkan kereta Honda BRV dan motosikal Honda EX5
  • Penunggang motosikal berusia 20 tahun mengalami kecederaan ringan
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!