Terkejut harimau dahan tidur atas bumbung

Pasukan berjaya menangkap dan menyelamatkan haiwan itu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut
Pasukan berjaya menangkap dan menyelamatkan haiwan itu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seekor harimau dahan mengejutkan pemilik rumah apabila didakwa ‘healing’ di atas atap pondok di sebuah kediaman di Taman Sri Gombak Height, di sini, awal pagi semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8 September lalu kira-kira jam 1.04 pagi.

“Sepasukan penyelamat daripada Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Lumpur digerakkan ke lokasi dan mendapati benar terdapat seekor harimau dahan atau kucing dahan sedang berada di kawasan berkenaan.

“Pasukan berjaya menangkap dan menyelamatkan haiwan itu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook APM Kuala Lumpur.

Pasukan berjaya menangkap dan menyelamatkan haiwan itu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut
Pasukan berjaya menangkap dan menyelamatkan haiwan itu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut

Harimau dahan (Neofelis nebulosa) merupakan spesies kucing liar bersaiz sederhana yang mendiami hutan hujan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia. Haiwan ini mahir memanjat pokok dan dikenali melalui corak unik menyerupai awan pada bulunya.

Spesies berkenaan disenaraikan sebagai haiwan dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) berikutan ancaman kepupusan akibat kehilangan habitat serta pemburuan haram.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!