TMJ bersama 5,000 rakyat sertai perarakan Maulidur Rasul

Tunku Mahkota Ismail menyertai perarakan Maulidur Rasul di Kluang pada Jumaat. Foto FB Onn Hafiz
Tunku Mahkota Ismail menyertai perarakan Maulidur Rasul di Kluang pada Jumaat. Foto FB Onn Hafiz
A
A
A

KLUANG – Seramai kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor yang berlangsung di sini, pada Jumaat.

Perarakan bermula jam 8 pagi itu disertai Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bersama Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perarakan sejauh 370 meter menuju ke Masjid Jamek Bandar Kluang menjadi kemuncak sambutan Maulidur Rasul.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor berlangsung di Kluang. - Foto FB Onn Hafiz
Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor berlangsung di Kluang. - Foto FB Onn Hafiz

"Sambutan tahun ini bertemakan Membangun Ummah Maju Johor sekali gus memberi peluang umat Islam menghayati perjuangan Rasulullah SAW dalam membentuk masyarakat sejahtera, berakhlak dan berilmu.

“Kerajaan Negeri akan terus komited memperkasa umat Islam melalui pendidikan agama, pembangunan masjid dan surau, sokongan terhadap golongan asnaf serta memperkukuh peranan institusi keluarga dan belia Islam,” katanya dalam muat naik di laman Facebooknya pada Jumaat.

Jelas beliau, seramai 41 kontinjen statis dan perbarisan menyertai perarakan itu melibatkan sekolah dan institusi pendidikan, jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO).

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!