Buruh didakwa ceroboh rumah inap, intai usahawan wanita mandi
03 September 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang buruh dihadapkan di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu pada Rabu atas dakwaan mengintai seorang usahawan wanita sedang mandi dan menceroboh sebuah rumah inap di Kampung Jeram, Manir di Kuala Terengganu bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Tertuduh, Ahmad Farhan Rizal Abdullah, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #cerobohrumahinap #intaiusahawanwanita
