77 langkah seirama, 1 tekad Bersama – Untukmu Malaysia!

PUTRAJAYA - Dengan penuh semangat dan rasa kecintaan kepada negara, kontinjen U Mobile seramai 77 orang melangkah megah bersama kenderaan berhias U Mobile; salah satu daripada tujuh kenderaan berhias utama tahun ini dan satu-satunya dalam kategori Telco pada perarakan Merdeka Putrajaya pada Ahad.

Kenderaan berhias penuh kreatif U Mobile ini membawa mesej ‘Untukmu Malaysia’, menzahirkan semangat dan tekad mereka untuk membina negara digital dan memacu Malaysia ke hadapan dengan rangkaian era baharu ULTRA5G, selaras dengan komitmen mereka demi prestasi dan pengalaman terunggul bagi semua rakyat.

Turut menghiasi kenderaan berhias tersebut, robot humanoid yang melambangkan pemikiran digital-first dalam setiap usaha U Mobile demi masa depan negara.
Bukan itu sahaja, U Mobile juga memberi kejutan dengan menampilkan ‘abang sado’ bersama-sana kenderaan berhias itu sebagai simbolik kekuatan rangkaian ULTRA5G.

Bersama ULTRA5G, mereka yakin Malaysia mampu mara lebih pantas ke arah masa depan yang lebih cemerlang!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
