Program ziarah dekatkan pemimpin dengan rakyat

Norasnira (belakang empat dari kiri) melawat warga emas, Ramlah Ab Manaf (belakang lima dari kiri) dalam program ziarah di Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.
Norasnira (belakang empat dari kiri) melawat warga emas, Ramlah Ab Manaf (belakang lima dari kiri) dalam program ziarah di Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.
A
A
A

GEMENCHEH – Wanita DUN Gemencheh bersama ketua wanita, isteri ketua kampung serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengadakan Program Ziarah Prihatin bagi menyantuni masyarakat setempat melalui penyerahan sumbangan keperluan asas.

Sumbangan yang disalurkan termasuk barangan dapur, susu dan lampin pakai buang disediakan melalui peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh. Suhaimizan Bizar.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Malika Negeri Sembilan (DUN Gemencheh), Norasnira Mamat berkata, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban penerima bantuan.

“Sumbangan ini kita tidak tetapkan nilainya, sebaliknya bergantung kepada keperluan penerima yang dikenal pasti melalui ketua kampung atau ketua wanita.

“Kita dapatkan maklumat daripada ketua kampung atau ketua Wanita terlebih dahulu baru kita tentukan jenis bantuan yang diberikan. Setiap lawatan kita akan ziarah tiga rumah yang telah dikenal pasti,” katanya ketika ditemui dalam lawatan ziarah di Kampung Gemencheh Lama, di sini, hari ini.

Hamzah (kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas, Ramlah Ab Manaf sambil disaksikan Norasnira (dua dari kiri).
Hamzah (kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas, Ramlah Ab Manaf sambil disaksikan Norasnira (dua dari kiri).

Menurut Norasnira yang juga isteri ADUN Gemencheh, berkata, selain menyampaikan bantuan, program itu juga dijadikan platform untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat.

“Kami bukan sekadar memberi sumbangan, malah beramah mesra dan mengenali masyarakat dengan lebih dekat. Kadang-kadang ada yang tidak kenal siapa pemimpin mereka, jadi inilah peluang untuk kita saling mengenali,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gemencheh Lama, Hamzah Nayan.

Program tersebut turut disertai isteri ketua kampung, isteri pemimpin tempatan yang sama-sama turun padang dalam usaha mendekati masyarakat.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!