Rakyat Malaysia ditahan di Thailand bersama senjata api perang, ratusan peluru

Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand bersama senjata api perang jenis M4 dan ratusan butir peluru dalam kereta yang dipandunya di Sadao, Songkhla.
Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand bersama senjata api perang jenis M4 dan ratusan butir peluru dalam kereta yang dipandunya di Sadao, Songkhla.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand bersama senjata api perang jenis M4 dan ratusan butir peluru dalam kereta yang dipandunya di Sadao, Songkhla.

Suspek berusia 46 tahun ditahan pada pukul 5.35 Ahad ketika sekatan jalan raya yang dijalankan oleh anggota Balai Polis Daerah Sadao.

Sumber berkata, sekatan jalan raya itu dijalankan sebagai sebahagian daripada operasi pencegahan jenayah penyeludupan dadah serta ancaman keselamatan.

Pemeriksaan ke atas kenderaan jenis Kia bernombor pendaftaran Malaysia itu menemui dua laras raifal M4; 300 butir peluru kaliber 5.56 mm; tujuh magazin peluru 5.56 mm; 100 butir peluru kaliber.45 mm dan 50 butir peluru kaliber 9 mm.

"Semua senjata dan peluru berkenaan telah dirampas sebagai barang kes untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden itu melalui media sosial dan beberapa sumber lain.

“Serahkan kepada pihak berkuasa Thailand untuk menyiasat terlebih dahulu tujuan suspek membawa senjata api tersebut.

"Siasatan perlu dijalankan mengikut undang-undang negara berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!