Nenek 83 tahun teruja dapat teman lelaki 23 tahun

Aiko (kiri) dan Kofu mempunyai jurang umur usia 60 tahun. Foto Agensi
Aiko (kiri) dan Kofu mempunyai jurang umur usia 60 tahun. Foto Agensi
A
A
A

TOKYO - Seorang nenek berusia 83 tahun teruja selepas berjaya memikat seorang lelaki 23 tahun, menarik perhatian ramai apabila kisah cinta mereka menjadi tular di media sosial.

Pasangan dari Jepun itu mula rapat enam bulan lalu selepas Kofu mengunjungi rumah cucu Aiko, dan mereka dikatakan jatuh cinta pada pandangan pertama.

Dalam video yang tular, mereka dilihat berpegangan tangan ketika berjalan di jalanan, Aiko yang pernah berkahwin dua kali dan mempunyai lima cucu berkata dia tertarik dengan sifat Kofu yang ceria dan lembut.

Walaupun saling tertarik, kedua-duanya pada awalnya segan untuk menyatakan perasaan kerana jurang usia 60 tahun antara mereka.

Perkembangan berlaku apabila cucu Aiko membatalkan lawatan Disneyland, meninggalkan mereka berdua sahaja dan di situ Kofu mengaku cintanya, membuat Aiko mengakui dia “terpesona sepenuhnya”.

Pasangan itu kini hidup bersama walaupun masih merahsiakan rumah siapa yang mereka duduki dan kedua-dua keluarga menyokong hubungan mereka selepas kisah ini menjadi umum.

Bercakap mengenai perkahwinan, kedua-duanya berkata topik itu belum dibincangkan,dengan Kofu gembira hanya berada di sisi Aiko, manakala Aiko gembira memasak untuk kekasihnya dan menyatakan dia berasa kesepian apabila Kofu bekerja.

Kisah cinta luar biasa ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian, ada yang memuji keberanian mereka, manakala sebahagian lain berasa pelik dengan jurang usia yang jauh. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!