Rusuhan Indonesia: Bunga Citra Lestari batal persembahan

Bunga Citra Lestari.
Bunga Citra Lestari.
A
A
A

JAKARTA - Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), membatalkan penampilannya pada acara BRI Consumer Expo 2025 yang dijadual berlangsung hari ini di Jakarta Convention Center (JCC), susulan situasi keselamatan yang tidak menentu ekoran demonstrasi besar-besaran di ibu negara.

Dalam kenyataan rasmi yang dikongsi pasukan pengurusannya, keputusan pembatalan dibuat atas faktor keselamatan dan mengambil kira keadaan semasa di sekitar lokasi acara.

Susulan situasi semasa, kami mengumumkan bahawa penampilan BCL di BRI Consumer Expo 2025 yang sepatutnya berlangsung hari ini di Jakarta Convention Center (JCC) dibatalkan,” menurut kenyataan tersebut seperti dilaporkan TribunNews.

BCL turut menyampaikan harapan agar keadaan kembali pulih dan aman, serta mengucapkan terima kasih kepada para peminat atas sokongan mereka.

“Semoga keadaan membaik dan kembali aman. Terima kasih atas perhatiannya. Stay safe teman-teman,” tulis BCL dalam hantaran di akaun media sosialnya.

Langkah diambil BCL berlaku ketika gelombang protes yang tercetus sejak 25 Ogos lalu, susulan isu kenaikan elaun perumahan ahli parlimen dan kematian tragis pemandu motosikal gig Affan Kurniawan, memuncak. - Awani 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!