'Tersalah orang' punca gaduh di Genting Highlands

Tangkap layar kejadian salah faham yang membabitkan remaja dengan lelaki berusia 42 tahun.
Tangkap layar kejadian salah faham yang membabitkan remaja dengan lelaki berusia 42 tahun.
A
A
A

BENTONG – [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kejadian salah faham yang membabitkan seorang lelaki dan seorang remaja berusia 15 tahun, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan dibuat pada jam 12.06 tengah malam dan 12.37 tengah malam oleh kedua-dua individu yang terlibat.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit.

"Ia berpunca daripada salah faham apabila remaja berkenaan menyangka anak kepada lelaki berusia 42 tahun itu adalah adiknya sendiri berdasarkan fizikal dan pakaian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, keterangan kedua-dua pihak telah diambil dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 15 saat yang memaparkan pergaduhan melibatkan beberapa individu dipercayai berlaku di sebuah kompleks membeli-belah di Genting Highlands.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!