MetMalaysia keluarkan nasihat Lekukan Tropika

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (a) pada jam 8 malam yang dikesan berlaku pada latitud 17.2 utara dan longitud 110.8 timur kira-kira 303 kilometer (km) ke timur laut Da Nang, Vietnam.
Pusat Operasi Cuaca & Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke arah barat barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j.
Menurut kenyataan itu lagi, jarak Lekukan Tropika (a) dari bandar terdekat, kira-kira 1,318km ke barat laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia memaklumkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia setakat ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
