Ahmad Samsuri akan pertahan jawatan Naib Presiden Pas

Ahmad Samsuri. Foto: FB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Ahmad Samsuri. Foto: FB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan parti dan menyatakan kesediaan untuk terus memikul amanah tersebut.

"Ya, saya sebagai incumbent (penyandang), Insya-ALLAH saya akan mempertahankan jawatan ini.

"Saya berterima kasih atas pencalonan yang diberikan oleh kawasan-kawasan,” katanya menerusi satu hantaran video di laman sosial rasminya pada Selasa.

Menurut beliau, pihak Jawatankuasa Pemilihan Pas memberi tempoh untuk calon membuat pertimbangan sama ada menerima atau menolak pencalonan yang dikemukakan.

"Buat masa ini saya tidak pasti tarikh akhir, tetapi saya rasa sekurang-kurangnya seminggu lagi tempoh diberikan," jelasnya.

Muktamar Tahunan Pas Kali ke-71 akan diadakan September depan di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!