Lelaki ditahan cuba bawa masuk ekspatriat ke Makkah tanpa permit

Pasukan Keselamatan Haji menahan seorang penduduk Ghana kerana cuba membawa masuk empat ekspatriat wanita secara haram ke Makkah yang melanggar peraturan dan arahan hajiPasukan Keselamatan Haji menahan seorang penduduk Ghana kerana cuba membawa masuk empat ekspatriat wanita secara haram ke Makkah yang melanggar peraturan dan arahan haji. Gambar hiasan

A
A
A

MAKKAH - Pasukan Keselamatan Haji menahan seorang penduduk Ghana kerana cuba membawa masuk empat ekspatriat wanita secara haram ke Makkah yang melanggar peraturan dan arahan haji, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Lelaki itu yang memandu sebuah bas, dipercayai cuba menyeludup masuk wanita berkenaan ke kota suci tanpa permit haji dengan menyembunyikan mereka di dalam ruang bagasi.

Pemandu dan kesemua penumpang yang ditahan kemudiannya dirujuk kepada jawatankuasa berkaitan untuk tindakan undang-undang. - Bernama/SPA

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!