Melaka anugerahkan gelaran Datuk kepada Fan Bingbing

Fan menerima penganugerahan tersebut dalam istiadat diadakan sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, pada Ahad. The Star
Fan menerima penganugerahan tersebut dalam istiadat diadakan sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, pada Ahad. The Star
A
A
A

MELAKA – Pelakon terkenal China, Fan Bingbing, dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, sebagai pengiktirafan terhadap peranannya mempromosikan negeri bersejarah itu di peringkat antarabangsa.

Fan menerima penganugerahan tersebut dalam istiadat diadakan sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, pada Ahad.

“Saya amat menghargai pengiktirafan ini. Ia hadiah yang amat berharga buat saya. Bulan depan saya akan kembali ke Melaka bagi mempromosikan sektor pelancongan dan akan kerap berkunjung ke sini,” katanya selepas majlis penganugerahan.

Fan yang pernah membintangi filem antarabangsa seperti X-Men: Days of Future Past dan I Am Not Madame Bovary kelihatan terharu apabila mencium pingat yang diterimanya sebagai tanda kegembiraan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, penghargaan itu diberikan kerana pengaruh besar Fan dalam menarik pelancong ke Melaka dan menambah keterlihatan negeri tersebut di pentas global.

“Beliau telah berjaya mengangkat bandar bersejarah ini ke dalam radar pelancongan dunia dan usaha itu amat kami hargai,” katanya.

Dengan pengiktirafan ini, Fan menyertai senarai bintang antarabangsa yang pernah menerima gelaran kehormat daripada Malaysia kerana sumbangan terhadap pelancongan, termasuk pelakon Bollywood Shah Rukh Khan dan bintang Hong Kong Jackie Chan. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!