Pemandu 'backhoe' jatuh gaung

Anggota bomba menggunakan tali dan pengusung untuk menaikkan mangsa selepas backhoe dipandu jatuh gaung di sebuah ladang kelapa sawit di Muadzam Shah pada Sabtu. Foto JBPM Pahang
Anggota bomba menggunakan tali dan pengusung untuk menaikkan mangsa selepas backhoe dipandu jatuh gaung di sebuah ladang kelapa sawit di Muadzam Shah pada Sabtu. Foto JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN – Seorang pemandu jentera pengorek kaut (backhoe) cedera selepas tersepit apabila kenderaan berat dikendalikannya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di sebuah ladang kelapa sawit di Muadzam Shah, Rompin pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.38 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 20 kilometer dari balai untuk melaksanakan operasi menyelamat.

"Bagaimanapun, ketika anggota tiba, pemandu jentera terbabit telah dikeluarkan oleh pekerja ladang.

"Anggota bomba kemudian membantu menaikkan mangsa yang cedera menggunakan tali dan pengusung sebelum dihantar ke hospital dengan kenderaan ladang," katanya.

Zulfadli berkata, operasi ditamatkan pada jam 1.36 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!