Lima rumah kedai musnah terbakar

KOTA BHARU – Lima lot kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Bayam Lama di sini pada Jumaat.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mahusin Hasan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.31 malam menerusi sistem MERS999.
“Seramai 21 anggota dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Kota Darul Naim dan Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi.
“Sebaik tiba, didapati berlaku kebakaran membabitkan lima lot rumah kedai jenis sementara kekal dengan anggaran keluasan 3,000 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
“Api berjaya dikawal manakala siasatan lanjut berhubung punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang dijalankan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

