Lelaki tak mengaku pandu mabuk hingga sebabkan kematian anggota polis
22 Ogos 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian anggota polis, Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, K Kelvin, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Farha Sulaiman selepas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kereta jenis Perodua Bezza telah memandu kenderaan itu dengan kandungan alkohol dalam badan melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kematian kepada Naim Mullah Mohd Affandi.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesmemandumabuk #Seremban
