Semangat patriotisme warga sekolah

No Image Caption
A
A
A

Megah dan penuh wibawa, Jalur Gemilang bersaiz gergasi yang berkibar di Sekolah Kebangsaan Seri Pagi bukan sekadar helaian kain berwarna merah, putih, biru dan kuning, tetapi menjadi simbol semangat patriotisme warga sekolah kepada tanah air tercinta.

Tersergam indah di bangunan utama sekolah, bendera keramat bersaiz 18.3 meter x 8.6 meter mewujudkan suasana yang lebih bermakna dan menyemarakkan semangat murid untuk menyambut Bulan Kebangsaan dengan penuh keterujaan dan rasa bangga.

Penyelaras Bulan Kebangsaan sekolah, Shah Rizal Mohd Yusof, 44, berkata pemasangan bendera bersaiz luar biasa itu memberi suasana berbeza di sekolah serta menambahkan keterujaan murid untuk menyambut bulan penuh bermakna ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!