Bandung Pandan Spritz diiktiraf mocktail nasional pertama Malaysia

Bandung Pandan Spritz membawa kisah warisan dan penerimaan baharu terhadap budaya bartending dalam hospitaliti.
Bandung Pandan Spritz membawa kisah warisan dan penerimaan baharu terhadap budaya bartending dalam hospitaliti.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu detik bersejarah tercipta dalam industri hospitaliti tanah air apabila Bandung Pandan Spritz diiktiraf sebagai mocktail nasional pertama Malaysia.

Minuman inovatif itu dilancarkan di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre baru-baru ini sekali gus mencatat pencapaian baharu untuk negara.

Pengurus Besar Hartanah Berganda Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre serta Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre, Martin Ehlers berkata, pengiktirafan itu amat bermakna kerana ia bukan sahaja pencapaian untuk hotel, tetapi juga untuk Muhammad Nadzemi Norihan.

"Ia bukan sekadar tentang apa yang ada dalam gelas, ia tentang siapa kita dan apa yang diwakili secara keseluruhan untuk negara dan jenama Renaissance.

"Kami berbangga dengan pencapaian ini sebagai sumbangan kepada kempen nasional. Kami juga berterima kasih atas peluang untuk mengetengahkan bakat tempatan dan memperkenalkan rasa yang moden, bertanggungjawab dan berakar umbi dalam budaya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, lebih daripada sekadar minuman, Bandung Pandan Spritz membawa kisah warisan dan penerimaan baharu terhadap budaya bartending dalam hospitaliti.

Muhammad Nadzemi mengakui ciptaan tersebut diinspirasikan daripada minuman kegemarannya, Sirap Bandung, yang membangkitkan rasa nostalgia dan suasana kampung halaman.
Muhammad Nadzemi mengakui ciptaan tersebut diinspirasikan daripada minuman kegemarannya, Sirap Bandung, yang membangkitkan rasa nostalgia dan suasana kampung halaman.

Menurutnya, Muhammad Nadzemi mengakui ciptaan tersebut diinspirasikan daripada minuman kegemarannya, Sirap Bandung, yang membangkitkan rasa nostalgia dan suasana kampung halaman.

Artikel Berkaitan:

"Keunikan mocktail ini terletak pada teknik klarifikasi dan karbonasi yang digunakan, menjadi bukti kepada pendekatan Muhammad Nadzemi dalam mengekalkan jiwa minuman sambil menyampaikan gaya mixologi moden yang kekal setia kepada identiti Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Nadzemi yang juga Duta berbakat di Renaissance Kuala Lumpur berkata, kejayaan tersebut cukup luar biasa kerana ia merupakan penyertaannya yang pertama dalam pertandingan berskala besar.

"Saya masih rasa seperti bermimpi dapat mencapai kejayaan ini, apatah lagi ia merupakan penyertaan pertama saya dalam pertandingan berskala besar.

"Kemenangan ini bukan hanya untuk saya, tetapi juga untuk pasukan yang menyokong saya dari awal hingga akhir. Ia satu penghormatan untuk menyumbang kepada pencapaian ini bagi pihak hotel dan Malaysia," katanya.

Pengiktirafan tersebut hadir selepas Bandung Pandan Spritz meraih kemenangan dalam Kejohanan Signature VM 2026 Mocktail 2025 yang berlangsung baru-baru ini di ibu negara.

Ia seterusnya dipilih sebagai minuman rasmi kempen Visit Malaysia 2026 dan akan disajikan di hotel-hotel terpilih di seluruh negara pada tahun hadapan.

Bandung Pandan Spritz diinspirasikan daripada minuman klasik sirap bandung, namun diberi interpretasi moden dengan teknik klarifikasi dan karbonasi tanpa alkohol.

Gabungan tradisi dan kreativiti menjadikan minuman tersebut unik serta mencerminkan jiwa Malaysia dalam gaya mixologi kontemporari.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Eksekutif Makanan dan Minuman Malaysia (MFBEA) serta Mixology Alliance of MFBEA (MAM), dengan tajaan utama Yeo Hiap Seng (Yeo’s), memilih Bandung Pandan Spritz sebagai pemenang berdasarkan keaslian, kreativiti dan keberanian menonjolkan tema 'Malaysia dalam Segelas'.

Mocktail berkenaan juga meraikan trend baharu dalam industri hospitaliti yang menekankan pengalaman tanpa alkohol yang sofistikated.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!