Beberapa kawasan di Petaling alami gangguan bekalan air

Gangguan air -Foto 123rf
Gangguan air -Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan penurunan paras Kolam Air Kota Damansara dan Kolam Effingham, susulan permintaan bekalan air tinggi di kawasan itu.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abdul Halem Mat Som berkata ia melibatkan 30,574 akaun pengguna dengan jangkaan pemulihan sepenuhnya bekalan air pada 6 pagi esok.

Antara kawasan terjejas ialah Bandar Baru Sungai Buloh Fasa 3, Damansara Damai PJU 10, Kampung Baru Sg Buloh, Kampung Desa Aman, Kampung Paya Jaras, Merbau Sempak, Penjara Sungai Buloh, Saujana Damansara, Seksyen 20, 21 dan 22 serta SB Jaya.

Turut terjejas ialah SS1, SS2, SS3, SS4,SS9a dan TSB Komersil.

Abdul Halem berkata Air Selangor sedang mengambil segala langkah-langkah proaktif bagi meningkatkan paras kolam-kolam tersebut dan telah menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas.

Air Selangor memohon kerjasama daripada semua pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya supaya menggunakan air secara berhemat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac. -Bernama

Artikel Berkaitan: