Mayat bayi lelaki ditemui ditanam di taman permainan

Mayat bayi lelaki ditemukan berbalut dengan kain lampin berdarah berhampiran pondok dekat kawasan taman permainan PPR Gua Musang pada Selesa. Foto Hiasan
Mayat bayi lelaki ditemukan berbalut dengan kain lampin berdarah berhampiran pondok dekat kawasan taman permainan PPR Gua Musang pada Selesa. Foto Hiasan
A
A
A

GUA MUSANG – [DIKEMAS KINI] Mayat bayi lelaki ditemukan ditanam di kawasan taman permainan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam lebih kurang 10.30 malam mengenai penemuan tersebut.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemukan mayat bayi lelaki yang telah ditanam.

“Hasil siasatan awal mendapati bayi itu adalah pramatang dan dipercayai meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, mayat bayi berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi IPD Gua Musang di talian 09-9121222 bagi membantu siasatan.

Sebelum itu Sinar Harian Online melaporkan mayat bayi lelaki ditemukan berbalut dengan kain lampin berdarah berhampiran kawasan taman permainan PPR Gua Musang.

Bayi terbabit dipercayai telah dijumpai oleh dua remaja lelaki pada jam 10.30 malam. Choon Foo mengesahkan penemuan jasad bayi lelaki di kawasan PPR Gua Musang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!