Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

KPM tidak pernah lindungi sesiapa dalam kes Zara Qairina - Timbalan Menteri

11 Ogos 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) mengulangi ketegasan tidak akan melindungi sesiapa termasuk golongan kenamaan sekiranya didapati terlibat dalam kes membabitkan Zara Qairina Mahathir, 13.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata, pihaknya juga bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dibangkitkan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai spekulasi wujud penglibatan golongan kenamaan melibatkan kes Zara Qairina.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742911/berita/nasional/kpm-tidak-pernah-lindungi-sesiapa-dalam-kes-zara-qairina---timbalan-menteri

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #ZaraQairina #KPM