Kibar Jalur Gemilang terbalik, PDRM diminta ambil tindakan tegas - Aaron

Aaron (tengah) ketika hadir merasmikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia di Tadom Hills Resort, Banting pada Sabtu. Foto Bernama
Aaron (tengah) ketika hadir merasmikan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia di Tadom Hills Resort, Banting pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap insiden mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Menerusi hantaran di X pada Sabtu, beliau berkata, Jalur Gemilang ialah lambang kedaulatan, perpaduan dan maruah negara yang menjadi milik seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

“Mengibarkannya dengan betul adalah tanggungjawab setiap warganegara sebagai tanda hormat dan cinta kepada tanah air.

“Saya ingin mengingatkan bahawa tindakan mempamer atau mengibarkan bendera negara secara tidak wajar adalah satu kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama 1963 [Akta 414],” katanya. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!