Rebah dalam keadaan masih memeluk al-Quran, peserta Rumah Ngaji maut dirempuh kereta

Allahyarhamah Hamizah
Allahyarhamah Hamizah
A
A
A

KOTA TINGGI- "Allahyarhamah Hamizah rebah dalam keadaan masih mendakap al-Quran yang diterimanya."

Demikan ujar Rohana Husin, 58, yang merupakan sahabat kepada Hamizah Ahmad, 55, yang maut dipercayai akibat dirempuh kereta ketika melintas jalan di simpang tiga di Felda Air Tawar 4, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Allahyarhamah Hamizah, baru tiba di Felda Air Tawar bersama rombongan Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor (PPRNNJ) ke Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia 1.0 di Masjid Wilayah Persekutuan pada Selasa.

Rohana berkata, sepanjang konvensyen, Allahyarhamah Hamizah dikenali sebagai seorang peserta yang ceria dan bersemangat.

Jelasnya, sahabat baiknya itu sempat menghafal surah As-Saff dan bersama rombongan membaca surah Al-Mulk pada malam terakhir sebelum pulang ke rumah di Felda Air Tawar 5.

"Allahyarhamah dilihat memeluk al-Quran yang diberikan pihak penganjur dengan penuh rasa syukur dan gembira.

"Kejadian menimpa Allahyarhamah Hamizah dirempuh kereta itu turut disaksikan suaminya sendiri yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Rohana memberitahu sahabat karibnya itu sangat aktif dalam menyertai majlis ilmu dan cukup teruja bersama rakan-rakan PPRNNJ untuk ke Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia.

"Hamizah cukup bersemangat untuk ke Konvensyen Rumah Ngaji walaupun baru pulang dari Hari Peneroka di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

"Dia dan suami tiba di Air Tawar 5 pada tengah malam Ahad dan Hamizah bertolak menaiki bas bersama perserta lain ke Konvensyen Rumah Ngaji pada jam 7.30 pagi, Isnin.

"Walaupun rakan-rakan sudah cadangkan Hamizah untuk tidak sertai kami dan seeloknya berehat, namun dia tetap hendak ke Konvensyen Rumah Ngaji," ujarnya.

Dalam pada itu, Penyelaras PPRNNJ, Rodziah Kamal menyifatkan pemergian arwah sebagai satu kehilangan besar memandangkan arwah seorang yang aktif menyertai program Rumah Ngaji di kawasan Felda di Kota Tinggi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!