Kurang minat belian, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS dan mata wang utama lain, dipengaruhi sentimen tarif dan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan. Gambar hiasan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS dan mata wang utama lain, dipengaruhi sentimen tarif dan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain berikutan kekurangan minat belian, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang ini, ringgit susut nilai kepada 4.2340/2385 berbanding dolar As daripada 4.2235/2305 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran terus dipengaruhi oleh sentimen bahawa tarif AS berkemungkinan memberi impak negatif ke atas ekonomi negara maju itu yang hanya memerlukan campur tangan Rizab Persekutuan (Fed) dengan mengurangkan Kadar Dana Fed dalam usaha menyokong ekonominya.

Beliau berkata, pada masa sama, Indeks Dolar AS (DXY) berdepan kesukaran untuk terus meningkat susulan kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Fed yang terus mendapat tumpuan.

"Indeks Dolar AS (DXY) turun sebanyak 0.1 peratus kepada 98.074 apabila tarif AS terus menjadi tajuk utama berita,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, ringgit berbanding dolar AS pula secara umumnya berada dalam julat lebih kecil iaitu antara 4.22-4.23 dalam tempoh urus niaga hari ini.

Selain itu, prestasi ringgit juga ditutup rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8732/8765 daripada 2.8570/8619, susut berbanding pound Britain kepada 5.6596/6656 daripada 5.6160/6253 dan kepada 4.9411/9463 daripada 4.8929/9010 berbanding euro.

Selain itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang serantau lain.

Artikel Berkaitan:

Ini termasuk rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2973/3013 daripada 3.2806/2863, turun berbanding baht Thailand kepada 13.0954/1146 daripada 13.0291/0567, lebih rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 259.9/260.3 daripada 258.1/258.6 dan susut berbanding peso Filipina kepada 7.42/7.44 daripada 7.34/7.36 sebelum ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!