Dua lelaki ditahan miliki pistol palsu, positif dadah

Dua lelaki ditahan polis selepas didapati memiliki sepucuk pistol palsu ketika pemeriksaan dalam rondaan cegah jenayah di Pekan Kahang, pada Rabu. - Foto IPD Kluang
Dua lelaki ditahan polis selepas didapati memiliki sepucuk pistol palsu ketika pemeriksaan dalam rondaan cegah jenayah di Pekan Kahang, pada Rabu. - Foto IPD Kluang
A
A
A

KLUANG – Dua lelaki ditahan polis selepas didapati memiliki sepucuk pistol palsu ketika pemeriksaan dalam rondaan cegah jenayah di Pekan Kahang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kedua-dua suspek berusia 22 dan 32 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika menaiki sebuah kereta.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki suspek menemui sepucuk pistol palsu. Semakan mendapati kereta itu tidak dilaporkan hilang.

“Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu didapati positif dadah jenis metamphetamine berdasarkan ujian saringan air kencing,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, semakan rekod lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah, manakala seorang lagi mempunyai satu rekod berkaitan dadah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!